Latar Belakang Syarikat

Twins Resources Management & Twins One Global telah di tubuhkan pada Mac 2007 olah Puan Umi Laila Abdul Rauaf. Syarikat ini adalah bertaraf bumiputra sepenuh. Berbekalkan pengalaman dan iltizam beliau yang merupakan bekas Kaunselor Pelajar dan Pensyarah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Ianya menjadi pemangkin untuk membangunkan dan membentuk nilai insan ke arah berilmu ,bersemangat, berwawasan, berkeyakinan, berani dan berdaya saing.


Penubuhan syarikat ini adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui latihan yang akan mengcungkil potensi diri setiap individu. Walaupun syarikat ini baru ditubuhkan tetapi banyak perancangan telah dirangka untuk mencapai visi dan misi syarikat.

Dengan pengalaman peribadi dan juga kakitangan serta penceramah/fasilitator yang terlatih dan berpengalaman yang luas dalam bidang latihan dan motivasi serta bimbingan akan membantu memenuhi keperluan individu, organisasi serta masyarakat bagi memwujudkan individu dan kumpulan yang berilmu, berwawasan, berkeyakinan dan berkualiti tinggi.